ISU-ISU TERKINI

Tuesday, July 5, 2011

RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

PETIKAN PELANCONGAN
Pelancongan kini menduduki tangga keempat dalam sumber pendapatan negara. Kerajaan mula menitikberatkan pembangunan pelancongan memandangkan keuntungan daripadanya adalah lumayan. Namun begitu, adakah pembangunan pelancongan membawa kebaikan sahaja?
            Pernahkan anda terfikir bahawa pelancongan merupakan jalan masuk bagi sindiket-sindiket haram? Kerajaan telah melonggarkan syarat-syarat untuk memasuki negara bagi mengalakkan kemasukan pelancongan asing. Dengan menggunakan taraf pelancong, seseorang itu boleh tinggal di negara kita selama sebulan tanpa permit kerja mahupun visa. Hal ini akan memudahkan sindiket-sindiket haram membuka cawangannya di negara kita. Peningkatan kadar jenayah ini seterusnya akan menjejaskan pembangunan negara.
            Untuk membangunkan bidang pelancongan, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan. Antaranya ialah kemudahan membeli belah, kemudahan hiburan, dan pusat-pusat rekreasi. Malangnya, kemudahan-kemudahan ini telah disalahgunakan oleh para belia untuk melarikan diri daripada masalah, menenangkan fikiran, dan sebagainya. Keadaan ini boleh dilihat di kompleks membeli belah, pusat permainan video, dan pusat snooker yang banyak muda-mudi berpelesiran di situ. Fenomena ini akan menyebabkan negara kita mengalami masalah kekurangan tenaga pekerja yang produktif seterusnya menggagalkan pembangunan negara.
            Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan pelancongan banyak membawa kebaikan kepada pembangunan negara.Penambahan destinasi penerbangan bukan sahaja menggalakkan pelancongan, malah meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Kemudahan perhubungan ini membolehkan negara kita menjalankan pelbagai usaha bagi meluaskan pasaran.
            Sebenarnya, pembangunan pelancongan mendatangkan banyak kebaikan kepada pembangunan negara. Oleh sebab itu,k erajaan haruslah membendung gejala yang menghalang pembangunan pelancongan supaya bidang ini dapat dimajukan dengan lebih pesat demi pembangunan negara.

1.
Mengapakah pembangunan pelancongan ditikberatkan oleh kerajaan?

A.
kerana industri pelancongan memberikan pendapatan yang lumayan kepada kerajaan

B.
kerana pelancong suka melancong ke Malaysia

C.
kerana Malaysia kaya dengan spesies flora dan fauna

D.
kerana industri pelancongan banyak mendatangkan kebaikan kepada negara
2.
Bagaimanakah pembangunan pelancongan boleh menggalakkan kedatangan pendatang-pendatang tanpa izin?

A.
Melalui sindiket-sindiket haram yang menyeludup mereka memasuki negara.

B.
Dengan melonggarkan syarat-syarat untuk memasuki negara bagi menggalakkan lebih banyak pelancong asing melancong di Malaysia.

C.
Dengan pemberian visa.

D.
Melalui bot-bot.
3.
Mengapakah pelbagai kemudahan membeli belah, kemudahan hiburan, dan pusat rekreasi dibina dalam usaha untuk membangunkan industri pelancongan?

A.
untuk menggalakkan mereka lebih banyak berbelanja di Malaysia

B.
untuk menggalakkan budaya lepak

C.
untuk membolehkan mereka berehat-rehat selepas penat melancong

D.
untuk memberikan gambaran kemudahan yang baik tentang kecanggihan kemudahan-kemudahan itu kepada para pelancong asing
4.
Mengapakah negara boleh kehilangan tenaga pekerja yang produktif ekoran penyediaan kemudahan-kemudahan yang semakin banyak?

A.
kerana muda-mudi akan lalai tentang tanggungjawab

B.
kerana muda-mudi lebih suka berpelesiran di pusat kemudahan itu daripada mencari kerja

C.
kerana pusat-pusat kemudahan ini telah menggalakkan mereka melakukan maksiat dan seterusnya kahwin cepat

D.
kerana keseronokan semasa berada di pusat-pusat kemudahan ini menyebabkan muda-mudi tidak mahu mencari kerja
5.
Yang berikut merupakan kebaikan-kebaikan pembangunan industri pelancongan kecuali …

A.
menambahkan pendapatan negara

B.
meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara

C.
meningkatkan mutu kemudahan-kemudahan

D.
meningkatkan tenaga kerja profesional

No comments:

Post a Comment