RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tingkatan : 4 Bijak
Bilangan Pelajar : 36 orang
Tarikh : 17 Mac 2011
Masa : 9.50 - 10.30 pagi (40 minit)
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Teknologi Maklumat
Tajuk : Internet : Memudahkan atau memudaratkan
Bidang : Maklumat
Hasil Pembelajaran | Huraian Hasil Pembelajaran |
HPU 4.0 Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan. HPK 4.2 Menjelaskan dan membuktikan pertimbangan secara rasional dan adil untuk meyakinkan pihak yang terlibat. | Aras 1 (ii) Menganalisis dan menentukan pilihan berdasarkan aspek yang tertentu. |
Objektif Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran, pelajar dapat menghuraikan dua kesan penggunaan internet yang memudahkan dan dua lagi kesan pengunaan internet yang boleh memudaratkan.
Pengetahuan/Kemahiran sedia ada
- Pelajar pandai menggunakan komputer
- Pelajar pernah melayari internet
Penyerapan
- Nilai murni : Pembelajaran sepanjang hayat dan kerjasama.
- Ilmu : Pengetahuan.
- KBKK : Menjana idea – pelajar melakukan sumbang saran bagi
memperoleh idea yang bernas.
Penggabungjalinan
· HHP : 2.3 Aras 1 (ii)
Menghubungkaitkan topik dengan pengalaman dan
pemerhatian untuk mengemukakan idea yang bernas.
· Kemahiran Bahasa : Bertutur – Berhujah mempertahankan pendapat.
· Kosa Kata : Penggodam, laman,salinan lembut dll.
No comments:
Post a Comment