ISU-ISU TERKINI

JANA PENDAPATAN

Tuesday, February 10, 2015

LATAR NOVEL DI SEBALIK DINARA



LATAR

Latar Masa
1.        Subuh- Selepas subuh pada hari Ahad, beberapa puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson untuk upacara itu.
2.  Pagi – Ketika jam sudah menunjukkan pukul 8.15 pagi, bayang Rosman masih belum kelihatan.
3.   Pagi –Farisha sempat menaiki train yang tiba pada pukul 8.40 pagi dan sampai ke Stesen Bukit Nanas pukul 8.50 pagi.
4.     Hari  – “Mekanik kata petang Ahad atau malam Isnin boleh siap,” jawab Rosman.
5.   Malam –Atas desakan Rosman, Farisha menghantar satu e-mel kepada Aqram pada malam itu juga, selepas selesai sesi bengkel yang ketiga.
6.  Petang –“Pukul 4.30 petang mungkin boleh. Saya bercadang hendak melihat keadaan Farisha sekitar pukul 6.00 petang nanti,” Shida memberikan cadangan.
Latar tempat
1.        Di Lapangan Terbang Senai. Contohnya, Farisha mengerling jam di tangan. Masih ada masa empat puluh minit lagi. Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai berlepas Lapangan Terbang Senai.
2.       Perut pesawat. Contohnya, Akhirnya Farisha memasuki perut pesawat kira-kira sepuluh minit sebelum masa berlepas.
3.       Soft Lab –Tetapi kali ini dia tiada pilihan, terpaksa juga menaiki monorel dan LRT untuk ke pejabat Sort Lab di Cyberjaya.
4.       Rumah Karl- “Kita akan berbincang di rumah Karl salah seorang penyelidik Soft Lab….
5.        Puchong –“Kita boleh naik monorel dan kemudian ambil LRT untuk ke Puchong…..”, terang Aqram.
6.       Nusa Jaya –Masa tu Isha selalu berulang-alik ke Nusa Jaya…
7.        Hospital – Mereka berdua berjalan perlahan-lahan menuju ke arah katil Farisha di Wad 2B…
8.       Port Dickson – Selepas subuh pada hari Ahad, beberapa puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson untuk upacara itu.
9.       Pejabat Secured Shell- Mereka meninggalkan pejabat Secured Shell lalu menuruni tangga perlahan-lahan…
10.     Berhampiran Kawasan Nilai – Mata abang Azraai tidak berganjak dan memandang kenderaan-kenderaan yang bertali arus di hadapannya. Menghampiri kawasan Nilai, dia terpaksa memperlahankan sedikit kereta

Latar Masyarakat

1.        Masyarakat yang mementingkan ilmu pendidikan tinggi dan penggunaan teknologi maklumat yang sangat meluas.
2.       Masyarakat bandar yang tinggal dan melibatkan satu kawasan yang luas dengan teknologi maklumat.
3.       Masyarakat yang maju dalam bidang teknologi maklumat dan robotik.
4.       Masyarakat yang berlumba-lumba untuk mengejar dan menjayakan visi masing-masing berkaitan dengan teknologi maya.
5.        Orang Inggeris yang berada dalam masyarakat Melayu dan cuba menggunakan orang-orang tempatan sebagai bahan ujikaji.

No comments:

Post a Comment