BAB 1
Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai
jurutera keselamatan sistem baru sahaja selesai bermesyuarat di NusaJaya.
Semasa berada di Lapangan Terbang Senai, Farisha berkenalan dengan Aqram dan
secara kebetulan mereka duduk bersebelahan di dalam kapalterbang ke KLIA.
Farisha agak teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram yang
merupakan pusat kawalan elektronik peribadinya. Sesampainya di pintu
apartmentnya, Farisha terperanjat sekali lagi apabila melihat pintunya juga
telah terpasang “retinal scanner”. Farisha
terpaksa menunggu Shida kawan serumahnya yang sedang bermain skuasy
dengan JUJU sebuah android untuk masuk ke apartment mereka. Farisha ingin tidur
awal kerana besok dia akan menghadiri satu simposium di Hotel Renaissance.
Dalam masa yang sama rupa-rupanya Aqram sudah dapat mencuri cawan minuman
Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan dapat bekerjasama dengan Dr.Maxi
untuk mengkaji DNA Farisha.
BAB 2
Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman
pembantunya menghadiri sebuah simposium yang akan dirasmikan oleh
Phillips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa. Bermula
daripada pendaftaran, pencetakan bahan, sehingga mengatur kedudukan dalam
simposium tersebut semua diuruskan oleh robot. Sehinggakan Farisha berasa
kecewa kerana Phillips Young menyampaikan ucaptama beliau hanya melalui
hologram sahaja. Tanpa diduga Farisha bertemu lagi dengan Aqram. Dalam
pertemuan ini Aqram menyatakan keinginannya mencari jururunding
untuk sebuah projek mini di makmalnya. Dalam pada itu Aqram telah berjaya
menerobos fikiran Farisha menggunakan penetrator berupa
sebatang pen berwarna perak. Tetapi pendinding WALL yang dimiliki oleh Farisha
dapat menangkis segala maklumat yang dikumpul dalam ingatan Aqram.
Sebenarnya Aqram sudah sebulan cuba menjejaki Farisha untuk dibawa ke Soft Lab
untuk menyelamatkan Dinara.
BAB 3
Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin
mencari jururunding untuk satu projek, Farisha dan Rosman telah menghubungi
Aqram. Aqram bersetuju membincangkan perkara itu di Puchong, berjumpa dengan
Karl. Karl seorang yang pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan
tiga tahun dahulu. Tetapi sebelum berjumpa dengan Karl, Aqram telah
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr.Maxi dan beliau telah menawarkan
RM1.5 juta kepada mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer
Soft Lab dalam tempoh empat minggu. Farisha meminta sedikit waktu untuk membuat
keputusan. Sebelum pulang Farisha dan Rosman diberi peluang untuk melihat Karl
yang terlantar sakit barah. Projek Dinara yang diteraju oleh Karl terhenti
kerana dia sakit.
BAB 4
Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju
berjumpa dengan Aqram di Soft Lab di Cyberjaya. Farisha menumpang kereta
Shida yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul Anwar di Soft Lab
juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem keselamatan yang canggih
termasuklah penggunaan imbasan tangan dan retina mata. Aqram juga menunjukkan
beberapa bilik dan ruang di situ yang canggih dan lengkap. Farisha amat teruja,
terutamanya apabila dia memasuki pusat data. Itulah Dinara yang memuatkan
hampir semua aplikasi dan data. Di sinilah Farisha mendapat kepastian bahawa
tugasnya ialah menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Pada petangnya
barulah tugasan Farisha dan Shida selesai dan mereka pulang bersama-sama. Namun
dalam masa yang sama Dr.Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar mengadakan perbincangan.
Rancangan mereka hampir berjaya mendapatkan Farisha dan Shida untuk berada di
Soft Lab untuk menjayakan rancangan mereka. Mereka amat perlukan Shida juga
sebagai physical backupkepada
Farisha. Mereka akan mengusahakan untuk memasukkan mikrocip ke dalam tubuh
Shida, sebagaimana yang ada dalam tubuh Farisha. Pada malam itu juga Dr.Maxi
akan memadamkan beberapa ingatan dan perasaan Alia sebuah cyborg canggih
supaya ia tidak akan mengganggu rancangan yang diatur untuk Farisha
dan Shida.
BAB 5
Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja
di Soft Lab.Shida dibawa oleh Khairul Anwar ke Arkib manakala Farisha diberikan
taklimat oleh Alia tentang semua kod program yang ada dalam Soft Lab. Pada
sebelah petang Aqram pula memberi taklimat kepada Farisha. Aqram
menjelaskan bahawa Karl yang telah membangunkan teknologi hypervisor di dalam Dinara,
tetapi Dinara sekarang sudah diceroboh dan penceroboh telah berjaya
menyusupkan satu virus bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan
masa yang ditetapkan. Sebenarnya inilah tugas Farisha dengan bayaran
RM1.5 dia perlu membersihkan virus bom jangka itu dan mengatasi semua
kelemahan Dinara. Pada petang itu juga Farisha mendapat tahu bahawa Rosman
tidak dapat bersama-sama dengannya bertugas di Soft Lab kerana dia terpaksa
meneruskan projek di Senawang yang telah menawarkan bayaran dua kali
ganda daripada perjanjian awal.Farisha bersetuju. Farisha pulang dengan
kepala yang berat memikirkan tentang Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini
bererti tugasnya amat berat. Di Soft Lab, Alia pula bertengkar dengan Dr.Maxi
kerana banyak data pengetahuan dan perasaannaya telah dipadamkan dan tindakan
Alia itu juga menggambarkan dia mempunyai perasaan cemburu dan tidak gemar jika
ada perempuan lain ada sebarang hubungan dengan Karl. Pada masa yang sama
Khairul Anwar menjelaskan bahawa Rosman tidak akan mengganggu mereka di Soft
Lab lagi kerana dia telah mempengaruhi syarikat di Senawang itu untuk
membesarkan lagi skop kerjanya. Pada malam itu Farisha mengalami mimpi ngeri
sehingga dia terlambat bangun.
BAB 6
Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke
Soft Lab. Alia sudah sedia menunggu. Farisha berasa kepalanya berat dan dalam
keadaan tidak sedar, Alia telah memasukkan mikrocip ke dalam tubuhnya dan dia
dapat berkomunikasi dengan Karl.Dalam komunikasi itu Karl meminta
pertolongan daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Oleh kerana tidak
dapat mengesan butiran perbualan Farisha dan Karl, Alia menjadi cemburu dan
marah. Selepas beberapa ketika Farisha sedar semula dan menjadi lebih segar
apabila dia makan pil yang diberikan oleh Aqram. Kerja pada hari itu berakhir
dengan perbincangan dan persoalan tentang seorang penyelidik yang bernama
Medina yang telah hilang di Soft Lab tanpa dapat dikesan. Hal ini diterangkan
oleh Shida melalui kajiannya di Arkib.
BAB 7
Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman
berjumpa di pejabat Secured Shell. Ketiga-ketiganya meneliti kontrak yang
diajukan oleh Soft Lab. Sementara mereka berbincang tiba-tiba Farisha mengalami
sakit kepala setelah terlihat suatu cahaya putih memancar ke arahnya. Hasrat
meneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga mereka bergegas pulang.
Sementara itu mereka diberitahu oleh Uncle Seng yang berada di situ bahawa dia
bergegas keluar dari kedai runcitnya kerana terlihat beberapa orang turun
tangga pejabat Secured Shell dengan membawa beberapa perkakas besi termasuk
suatu barang yang serupa dengan piring tv satelit. Tiada laporan polis dibuat.
Dua malam selepas kejadian itu, Farisha telah diundang oleh Abang Azraai utk
makan malam di rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang Azraai, kak Mariah dan
kedua-dua anak mereka Aina dan Dina. Alangkah terharu bercampur sedih apabila
dia mendapat tahu abangnya mengalami sakit jantung dan perkara kedua yang amat
mengejutkannya ialah, dirinya adalah anak angkat kepada ibu dan ayahnya. Malam
itu Farisha tidak dapat melelapkan mata.
BAB 8
Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa
Farisha ke alam bawah sedar, tiba-tiba Farisha pengsan. Doktor dipanggil dan
Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr.Maxi hairan dan menurut
Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama tiada pula
maklumat tentang sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja Farisha
dibawa ke hospital, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk
berjumpa Shida. Beberapa soalan diajukan kepadanya tentang latar belakang
penyakit Farisha. Dr.Maxi ingin tahu sama ada Farisha mengandung.
BAB 9
Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang
tentang Plan B, iaitu menggantikan Farisha dengan Shida. Namun kedua-duanya
amat berbeza. Lagipun tubuh Farisha telahpun ditanam dengan mikrocip yang
membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl menggunakan teknologi ini
sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung dengan Farisha. Pada jam 5.30
petang mereka akan melawat Farisha di hospital. Shida pula pulang ke rumah dan
cuba mencari sebarang bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal. Namun Shida
terjumpa satu bukti yang menyatakan bahawa Farisha ialah anak
angkat.Apabila Shida dan Rosman melawat Farisha, dia sangat lemah dan terdapat
satu benjolan kecil di belakang tengkuknya.Tetapi Farisha menyatakan itu tidak
apa-apa. Farisha terlena lagi. Beberapa minit kemudian, Farid dan Amin
datang ke katil Farisha menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat
yang sebelum ini gagal kerana ruang fikiran Farisha dilindungi oleh WALL.
Tetapi kali ini meraka berjaya kerana WALL lemah apabila Farisha lemah. Selepasitu
Aqram pula mencari maklumat pada badan Farisha menggunakan satu alat sepanjang
enam sentimeter. Aqram mendapati alat itu bertukar menjadi warna merah yang
menunjukkan tahap kesihatan Farisha tidak memuaskan. Farisha terus lena kerana
abangnya Azraai meminta doktor memberi ubat tidur. Azraai juga membohongi
doktor bahawa mikrocip di dalam badan Farisha yang kelihatan diCT-scand itu
adalah dalam pengetahuan Farisha yang dia sendiri sukarela menjalani satu uji
kaji untuk sebuah universiti. Perkara itu juga adalah amanah ibu bapanya supaya
semua mikrocip itu mesti kekal dalam tubuh Farisha dan dia mesti berkhidmat di
Soft Lab apabila diperlukan. Tengah malam itu Dr.Maxi menyarankan bahawa Shida
akan menggantikan tempat Farisha.
BAB 10
Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan
tentang seorang penyelidik bernama Medina di Arkib, dia diminta oleh Alia pergi
ke Makmal B. Satu pembedahan untuk menanam mikrocip telah dilakukan ke atasnya.
Dia tidak diberitahu. Pada petang itu selepas sedar, apa yang dilakukan ke atas
Farisha dilakukan pula ke atas Shida. Kali ini tindak balasnya lebih
teruk lagi. Tetapi Dr.Maxi berdegil dan hanya memberhentikan ujikaji ini
selepas lima minit. Ini akan merosakkan otak seseorang. Dalam masa yang
sama, Farisha dalam tidak sedar dapat berkomunikasi dengan seseorang yang
menyebut dirinya sebagaimummy. Di
suatu tempat yang lain pula, Farid dan Amin berasa amat hairan dan dapat
melihat keajaiban teknologi kerana perempuan tua yang menyuruh mereka mengekori
dan berbuat sesuatu ke atas Farisha menjerit gembira dan mengatakan dia berjaya
menghubungi anaknya Farisha dan dia mengaku dirinya lebih hebat daripada lelaki
itu. Farid menyanggah perbuatan perempuan tua itu kerana sanggup
melakukan ujikaji ke atas anaknya sendiri. Dia tidak peduli. Apa yang dia
mahu adalah inginmembuktikan siapa yang benar dan yang lebih hebat daripada
‘lelaki’ itu. Manakala Shida tetap murung, berada di bilik Farisha, dan
tidak pulang ke rumah malam tadi. Aqram gagal menerobos mindanya dan mungkin
dia juga telah menerima mikrocip WALL atau kesilapan Dr.Maxi yang tetap
meneruskan ujikajinya ke atas Shida. Shida tidak mahu bercakap, makan, atau
minum malah menjadi garang seperti kucing liar yang ketakutan.
BAB 11
Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha
ingin mendapatkan penjelasan daripada abangnya Azraai tentang ibu kandungnya.
Azraai menceritakan semua yang dia tahu tentang Farisha. Farisha menjadi adik
angkatnya kerana hendak menyelamatkannya daripada dijadikan bahan ujikaji
ibunya sendiri. Azraai menerangkan bahawa dia dan beberapa orang lagi telah
diamanahkan menjaga keselamatan Farisha. Apabila Farisha mendedahkan
bahawa dia dapat berkomunikasi dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat
cemas dan menyatakan bahawa Farisha dalam bahaya dan terus membawa Farisha
keluar dari hospital menuju ke arah selatan. Azraai bercakap dengan seseorang
dan bersetuju mendapatkan kunci rumah daripada orang tersebut di Perhentian
Ayer Keroh. Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh Dr.Maxi untuk
mempengaruhi otak Shida. Akhirnya Dr.Maxi dapat berkomunikasi dengan Karl
melalui Shida. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang
disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan yang akan bukan sahaja memusnahkan
Dinara tetapi ribuan manusia. Dia perlukan Farisha. Tetapi Farisha sudah
meninggalkan Kuala Lumpur. Azraai ingin membawa Farisha ke Kulai, tetapi dalam
perjalanan Farisha diculik pula oleh dua orang suruhan ibu Farisha. Dalam masa
yang sama di Soft Lab sesuatu berlaku kepada Shida. Karl bercakap melalui
Shida. Karl menyatakan bahawa Khairul Anwar ialah seorang budak pengemis yang
bernama Muhammad Irfan yang telah diganti ingatannya. Khairul Anwar sangat
berang. Karl juga menyebut bahawa dia memukul seorang wanita sehingga menjadi
cacat.
BAB 12
Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid
dalam perjalanan ke Seremban membawa Farisha bertemu dengan ibunya Marilyn.
Dalam tidur Farisha dapat dihubungi oleh ibunya tetapi terhenti apabila brek
kereta ditekan mengejut lalu Farisha terjaga. Dalam pada itu di SoftLab, Alia
berkomunikasi dengan Shida dan memberitahu bahawa wanita cacat itu ialah
dirinya yang dipukul oleh Karl kerana dia enggan meninggalkan agamanya dan nama
asalnya ialah Rusmina. Perbualan antara Alia dan Shida dapat disaksikan oleh
Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Ketiga-tiga mereka berasa sedih memikirkan
akibat yang akan ditanggung oleh Shida akibat pemindahan maklumat pahit
dan ngeri selama 20 tahun oleh Karl ke dalam otak Shida. Berdasarkan laporan
yang tersimpan di dalam Dinara Dr.Maxi juga menerangkan kepada Khairul Anwar
dan Aqram bahawa ujikaji seperti itu juga pernah dilakukan tetapi gagal dan
mangsanya ialah Medina. Dalam pada itu alat pengesan pintar Rosman dapat
mengesan arah Farisha dilarikan. Mereka menuju Soft Lab Cyberjaya. Azraai juga
menuju ke sana. Apabila tersedar Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan yang
dipandu oleh Farid dan Amin. Mereka mengherdik Farisha mengatakan dia akan
bertemu emaknya yang sudah sangat lama ingin bertemu anaknya itu. Namun Farisha
marah dan ketakutan tidak mahu berjumpa perempuan itu sebaliknya dalam
keadaan kaki dan tangan terikat mahu dia dihantar kepada abangnya Azraai.
Farid dan Amin tidak ambil peduli. Manakala di Soft Lab, Shida menyanyi dalam
suara yang agak perlahan lagukegemaran Karl. Alia mendengar. Alia berkomunikasi
dengan Karl melalui Shida lagi. Alia mendapat tahu bahawa Karl gagal
mendapatkan cinta Medina. Aqram dan Dr.Maxi sependapat mengetahui bahawa Alia
tetap berasa cemburu terhadap Karl bekas suaminya walaupun sudah beberapa
program dalam mindanya diubah. Mereka juga yakin bahawa Karl telah memindahkan
kenangan dan pengalamannya selama 20 tahun ke dalam otak Shida. Dalam pada itu,
di sebuah stesen minyak Marilyn menaiki kenderaan yang dipandu oleh Amin. Dia
mendekati Farisha, menyatakan bahawa dia amat merindui anaknya itu. Namun
Farisha bertegas dan marah lalu menempelak Marilyn yang dia pernah ingin
membunuhnya dulu. Suis alat pemintas untuk melemahkan WALL di otak Farisha
dihidupkan.
BAB 13
Dr.Haris ialah doktor yang sedang merawat Karl
di Puchong. Beliau menyatakan bahawa kesihatan Karl teruk. Namun Dr.Maxi mahu
terus menghubungkan fikiran Karl melalui Shida. Dr.Maxi dapat berbual dengan
Karl melalui Shida. Melalui Shida Karl bangun dan bertindak melalui
komputer berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara. Kebijaksanaan ini
diterima oleh Karl melalui Farisha yang Karl telah gandakan IQnya 26 tahun
dahulu. Dalam masa yang sama Farisha telah berada di situ bersama-sama
Marilyn/Medina, dan dua orang pengikutnya. Di sini rahsia terbongkar.
Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah sanggup
mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di SoftLab iaitu
mengaktifkan sistem Dinara. Marilyn menjadi musuh kerana Karl telah mensabotaj
fikirannya menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan akibatnya
Marilyn/Medina menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha. Dr.Maxi dan
Aqramlah yang menyelamatkan Farisha dan dibawa kepada keluarga angkatnya iaitu
keluarga Azraai. Farisha juga mendapat tahu bahawa Aqram juga adalah cyborg
seperti Alia.
BAB 14
Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha
kerana menghadap seorang insan yang sepatutnya dipanggil ayah. Karl terbaring
tidak berkata-kata. Dr.Haris menyatakan bahawa aktiviti otaknya semakin
menurun. Semua yang ada di situ masuk bergilir-gilir mendekati Karl. Bermula
dengan Aqram, Dr.Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan akhirnya Farisha.
Farisha mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada jawapan. Tepat
pukul tujuh malam Dr.Haris mengumumkan Karl meninggal dunia. Wasiat terakhir
Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya di tabur di Selat Melaka. Upacara
dijalankan di Port Dickson. Selepas upacara itu semua orang bercakap-cakap
tentang kenangan masing-masing semasa Karl masih hidup.
Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia
pandai berfalsafah seperti Karl. Dalam percakapannya Shida mengajak mereka
pulang ke Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa yang
berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl. Aqram sangat yakin
itu ialah Karl.
No comments:
Post a Comment