ISU-ISU TERKINI

JANA PENDAPATAN

Tuesday, February 10, 2015

WATAK DAN PERWATAKAN NOVEL DI SEBALIK DINARA



WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama
1.        Farisha
o    Anak kepada Karl dan Merilyn/Medina.
o    Anak angkat kepada keluarga Azraai.
o    Berusia 26 tahun dan jurutera keselamatan sistem teknologi maklumat.
o    Telah ditanam mikrocip oleh bapanya, Karl.
o    Sahabat karib kepada Shida dan Rosman.
o     Matanya berwarna coklat muda, wajahnya cantik dan bersopan santun.
o    Bijak selok belok berkaitan sistem maklumat komputer.
o    Berminat dan menyukai dengan perwatakan Aqram
                                                                                         
Watak sampingan
1.     Karl
·         Seorang lelaki berbangsa Inggeris dan berkahwin dengan Marilyn atau Medina.
·         Ayah kepada Farisha.
·         Memukul Rosmina (isterinya) sehingga cacat dan bertukar menjadi robot.
·         Membangunkan Dinara.
·         Memasukkan mikrocip ke dalam badan anaknya Farisha ketika baru lahir.
·         Pernah menerima agunerah Inovasi Teknologi Maklumat Peringkat Kebangsaan.
·         Penyelidik dan pencipta sistem Dinara.
·         Terlantar sakit barah dan akhirnya meninggal dunia. Tetapi pemikiran Karl berada dalam pemikiran Shida, walaupun telah meninggal dunia.
2.         Aqram
·         Seorang pemuda yang kacak diminati oleh Farisha.
·         Bertugas di Soft Lab mengendalikan Dinara.
·         Sahabat baik kepada Dr. Maxi dan Khairul Anwar.
·         Sering menjejaki Farisha.
·         Sebuah cyborg.
·         Bertanggungjawab menjelaskan tentang masalah Dinara kepada Farisha.
·         Memberi maklumat bahawa penggodam Dinara mempunyai dendam peribadi.
·         Orang berpengaruh dalam Dinara, juga orang kuat Karl.
·         Memiliki pen penetrator yang dapat mengesan pemikiran Farisha.

3.     Shida
·         Teman serumah Farisha dan merupakan kawan akrab.
·         Ditawarkan bekerja dalam arkib yang terletak di Soft Lab dan sering berurusan dengan Khairul Anwar.
·         Berjaya mengesan seorang yang bernama Medina bertugas di Soft Lab yang tidak dapat dikesan.
·         Pengganti fizikal kepada Farisha setelah Farisha tidak Berjaya untuk dijadikan ujikaji di Soft Lab.
·         Pemikiran Karl akhirnya kekal dalam fizikal Shida.
4.       Dr. Maxi
·         Bertanggungjawab mengurus Dinara dan bertugas sebagai penyelidik.
·         Mengarahkan Alia (Rosmina) memasukkan mikrocip dan mempengaruhi pemikiran Farisha dan Shida.
·         Seorang pakar dalam sistem Dinara berkaitan teknologi maklumat.
·         Menawarkan Farisha bertugas di Dinara dengan tawaran RM1.5 juta.

No comments:

Post a Comment