Sebagai salah satu usaha memajukan proses pengajaran dan
pembelajaran ini, penggunaan media tidak kira media tradisional mahupun media
elektronik sememangnya telah menjadi sebahagian daripada dunia pendidikan yang
kian berkembanga dalam era globalisasi ini. Perkembangan penggunaan media dlaam
era globalisasi ini tidak dinafikan akan lebih memfokuskan penyampaian ilmu
dalam bidang pendidikan ini bergerak selaras dengan era pemodenan negara.
Lantaran itu, penggunaan media elektronik seolah-olah telah menjadi salah satu
medium wajib yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di semua
tempat. Wujudnya media elektronik maka kemajuan teknologi dan maklumat turut
bersama berkembanga seiringan. Oleh itu, kemajuan teknologi dan maklumat
sememangnya memudahkan sesuatu proses pengajaran dan pembalajaran walaupun
mungkin akan ada beberapa kekangan dan sudut negatifnya.
Laman sosial sebagaimana yang diketahui amat digemari dan
seolah-olah telah menjadi satu tradisi atau budaya bagi golongan remaja
khususnya untuk mempunyai laman sosial seperti ”Facebook” dan ”Twitter” yang
tersendiri. Sememangnya telah menjadi satu budaya yang budaya yang berjaya
menular sepantas dan seluasnya tanpa sebarang batasan. Perkara ini mungkin
merupakan salah satu hobi yang mudah dan menarik bagi diri para remaja itu
untuk mendapatkan sesuatu yang mereka mahukan dan juga cara berhubung dengan
rakan-rakan mereka serta mendapatkan hiburan melalui saluran laman sosial
sebegini. Justeu itu, sebagai guru seboleh-bolehnya dapat memanfaatkan hobi
para remaja terutamanya dalam kalangan pelajar ini unytuk melibatkan mereka
dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak langsung dalam laman sosial yang
mereka minati selain memberikan pengajaran di dalam kelas dan sekadar
berpandukan buku semata-mata.
Sebagaimana yng dikatakan di atas, guru boleh memanfaatkan
laman sosial ini dengan m,enerapkan para pelajar dengan aktiviti santai yang
secar langsung memberikan ilmu kepada mereka. Misalnya, guru boleh membina satu
kumpulan khas dalam lama sosial yang sering menjadi pilihan pelajarnya.
Kemudian memasukkan pelajar-pelajarnya dalam kumpulan tersebut. Nota yang
diterapkan mungkin boelh berunsurkan video atau gambar yang menarik.
Seterusnya, dalam pengajaran karangan misalnya guru boleh cuba untuk meminta
pelajar melihat paparan video yang telah dimuat naik dalam lama sosial
berkenaan dan meminta setiap murid untuk memberikan komen yang berbentuk
perenggan karangan. Sambil melayari laman sosial bersembang dengan rakan makan
pelajar ini juga mungkin lebih selesa dalam masa yang sama melaksanakan tugasan
merekas secara tidak langsung.
Guru juga boleh memuat naik nota yang berkaitan dan meminta
murid menjawab soalan yang dikemukan dalam laman sosial yang dibina khas bagi
tujuan tugasan. Kemudia setiap murid yag telah melakukan tugasan bolej menekan
butang ”Like” dan memaparkan nama penuh mereka dalam setiap tugasan yang
diberikan agar pelajar tidak leka dengan tugasan yang diberikan. Sebagai guru
juga boleh membincangkan tugasan dengan pelajarnya bagi mengetahui masalah
mereka secara dekat tanpa sebarang ikatan fornmal seperti pembelajaran di dalam
kelas. Pelajar kadang kala lebih suka untuk mengajukan soalan terhadap perkara
yang mereka tidak fahami sekiranya tidak bersemuka kerana kadang kala pelajar
mempunyai rasa randah diri dan malu untuk bertanya di depan khalayan yang
ramai. Melalui cara ini maka guru juga mampu mefokuskan diri terhadap masalah
yang dihadapi oleh pelajarnya secara dekat dan lebih mudah menyelesaikannya.
Secara umumnya, hubungan baik yang dapat dibina melalui
lamam sosial ini banyak membantu guru juga di samping memnfaatkan masa pelajar
dengan berfaedah. Sememamangnya pengaruh laman sosial ini amat kuat sehinggakan
hampir setiap masa boleh dikatakan pengguna akan melayari lama sosial ini
berbanding blog, lama web pendidikan dan seumpamanya. Sekiranya grur bijak
mengajak pelajarnya untuk terlibat dalam permainan yang membina minda juga
merupakan sesuatu yang secara tidak langsung memungkin pelajar itu untuk
belajat tanpa paksaan. Misalnya permainan dalam ”Facebook” yang menunut
kesabaran kadang kalanya untuk mencapai kejayaan jika bijak diadaptasi oleh
guru mampu memupuk nilai murni dalam diri pelajar itu ke arah yang membina
sebagaimana kerajinan sebagai seorang pelajar yang wajib dipamerkan oleh
pelajar dalam menyelesaikan tugasannya. Penggunaan laman sosial membina ruangan
sosial yang bermanfaat di samping memanfaatkan ilmu yang berguna sekiranya guru
bijak melaksanakannya.