ISU-ISU TERKINI

JANA PENDAPATAN

Monday, November 14, 2011

KESANTUNAN BERBAHASA


Kesantunan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komsas

Insan yang seimbang daripada segi intelek, emosi, rohani dan jasmani seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipercayai akan dapat dilahirkan melalui pendidikan bahasa dan kesusasteraan. Menyedari hakikiat ini, maka Kementerian Pelajaran Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia pada waktu itu) mewajibkan semua pelajar sekolah menengah mempelajari kesusasteraan yang diserapkan melalui mata pelajaran Bahasa Melayu dengan nama Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas). Pembelajaran Komsas bermula pada tahun 2000 untuk pelajar tingkatan 1 dan 4, manakala pada tahun 2001 semua pelajar sekolah menengah daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 diajarkan Komsas.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002), menyatakan objektifnya dengan jelas. Antara objektifnya adalah untuk melahirkan pelajar yang dapat:

·   melibatkan diri dalam interaksi sosial melaui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;
·   menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.

Keupayaan pelajar berinteraksi dengan baik sama ada secara lisan atau bertulis memperlihatkan aspek kesantunan berbahasa mereka. Pelajar harus faham dan sedar akan kedudukan diri mereka apabila berkomunikasi dengan pihak lain. Mereka juga perlu sedar akan tujuan, masa, tempat, dan dengan siapa mereka berkomunikasi. Hal ini akan terjelma melalui aktiviti-aktiviti kebahasaan seperti yang digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Sebagai contoh, beberapa kemahiran berbahasa dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Satu menyarankan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada kesantunan berbahasa. Antaranya termasuklah:

1.1 Aras 1 (i) : Berbual dengan keluarga menggunakan sebutan, intonasi, kata dan ungkapan yang sesuai dan mengemukakan idea yang relevan dengan topik.
1.1 Aras 1(ii): Memperkenalkan diri kepada seseorang dan memperkenalkan seseorang kepada ahli yang lain dengan mesra dan santun.
1.1 Aras 1(iii): Memahami dan menentukan gelaran atau panggilan yang sesuai bagi seseorang.

No comments:

Post a Comment