ISU-ISU TERKINI

JANA PENDAPATAN

Saturday, November 26, 2011

"FACEBOOK" DAN "TWITTER" UNTUK TUJUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA.


Sebagai salah satu usaha memajukan proses pengajaran dan pembelajaran ini, penggunaan media tidak kira media tradisional mahupun media elektronik sememangnya telah menjadi sebahagian daripada dunia pendidikan yang kian berkembanga dalam era globalisasi ini. Perkembangan penggunaan media dlaam era globalisasi ini tidak dinafikan akan lebih memfokuskan penyampaian ilmu dalam bidang pendidikan ini bergerak selaras dengan era pemodenan negara. Lantaran itu, penggunaan media elektronik seolah-olah telah menjadi salah satu medium wajib yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di semua tempat. Wujudnya media elektronik maka kemajuan teknologi dan maklumat turut bersama berkembanga seiringan. Oleh itu, kemajuan teknologi dan maklumat sememangnya memudahkan sesuatu proses pengajaran dan pembalajaran walaupun mungkin akan ada beberapa kekangan dan sudut negatifnya.

Laman sosial sebagaimana yang diketahui amat digemari dan seolah-olah telah menjadi satu tradisi atau budaya bagi golongan remaja khususnya untuk mempunyai laman sosial seperti ”Facebook” dan ”Twitter” yang tersendiri. Sememangnya telah menjadi satu budaya yang budaya yang berjaya menular sepantas dan seluasnya tanpa sebarang batasan. Perkara ini mungkin merupakan salah satu hobi yang mudah dan menarik bagi diri para remaja itu untuk mendapatkan sesuatu yang mereka mahukan dan juga cara berhubung dengan rakan-rakan mereka serta mendapatkan hiburan melalui saluran laman sosial sebegini. Justeu itu, sebagai guru seboleh-bolehnya dapat memanfaatkan hobi para remaja terutamanya dalam kalangan pelajar ini unytuk melibatkan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak langsung dalam laman sosial yang mereka minati selain memberikan pengajaran di dalam kelas dan sekadar berpandukan buku semata-mata.

Sebagaimana yng dikatakan di atas, guru boleh memanfaatkan laman sosial ini dengan m,enerapkan para pelajar dengan aktiviti santai yang secar langsung memberikan ilmu kepada mereka. Misalnya, guru boleh membina satu kumpulan khas dalam lama sosial yang sering menjadi pilihan pelajarnya. Kemudian memasukkan pelajar-pelajarnya dalam kumpulan tersebut. Nota yang diterapkan mungkin boelh berunsurkan video atau gambar yang menarik. Seterusnya, dalam pengajaran karangan misalnya guru boleh cuba untuk meminta pelajar melihat paparan video yang telah dimuat naik dalam lama sosial berkenaan dan meminta setiap murid untuk memberikan komen yang berbentuk perenggan karangan. Sambil melayari laman sosial bersembang dengan rakan makan pelajar ini juga mungkin lebih selesa dalam masa yang sama melaksanakan tugasan merekas secara tidak langsung.

Guru juga boleh memuat naik nota yang berkaitan dan meminta murid menjawab soalan yang dikemukan dalam laman sosial yang dibina khas bagi tujuan tugasan. Kemudia setiap murid yag telah melakukan tugasan bolej menekan butang ”Like” dan memaparkan nama penuh mereka dalam setiap tugasan yang diberikan agar pelajar tidak leka dengan tugasan yang diberikan. Sebagai guru juga boleh membincangkan tugasan dengan pelajarnya bagi mengetahui masalah mereka secara dekat tanpa sebarang ikatan fornmal seperti pembelajaran di dalam kelas. Pelajar kadang kala lebih suka untuk mengajukan soalan terhadap perkara yang mereka tidak fahami sekiranya tidak bersemuka kerana kadang kala pelajar mempunyai rasa randah diri dan malu untuk bertanya di depan khalayan yang ramai. Melalui cara ini maka guru juga mampu mefokuskan diri terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajarnya secara dekat dan lebih mudah menyelesaikannya.

Secara umumnya, hubungan baik yang dapat dibina melalui lamam sosial ini banyak membantu guru juga di samping memnfaatkan masa pelajar dengan berfaedah. Sememamangnya pengaruh laman sosial ini amat kuat sehinggakan hampir setiap masa boleh dikatakan pengguna akan melayari lama sosial ini berbanding blog, lama web pendidikan dan seumpamanya. Sekiranya grur bijak mengajak pelajarnya untuk terlibat dalam permainan yang membina minda juga merupakan sesuatu yang secara tidak langsung memungkin pelajar itu untuk belajat tanpa paksaan. Misalnya permainan dalam ”Facebook” yang menunut kesabaran kadang kalanya untuk mencapai kejayaan jika bijak diadaptasi oleh guru mampu memupuk nilai murni dalam diri pelajar itu ke arah yang membina sebagaimana kerajinan sebagai seorang pelajar yang wajib dipamerkan oleh pelajar dalam menyelesaikan tugasannya. Penggunaan laman sosial membina ruangan sosial yang bermanfaat di samping memanfaatkan ilmu yang berguna sekiranya guru bijak melaksanakannya.

No comments:

Post a Comment