Sebelum ini, semasa sesi pengajaran kita sering kali menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan
menggunakan pendekatan perbincangan dalam kumpulan. Namun begitu, perbincangan sering gagal berfungsi
sebagai satu unit kerana interaksi yang berkesan sesama pelajar tidak berlaku.
Oleh itu, sebagai guru yang
kreatif, sebagai kita sepatutnya
menggunakan peluang perkembangan ICT, iaitu laman sosial seperti Facebook dan Twitter yang menjadi kegilaan
remaja dewasa ini untuk memperbaiki kaedah perbincangan secara kumpulan
(Rossafri Mohamad & Shabariah Binti Mohamad Shariff, 2011).
Menurut Caroline dan Terri (2009), amat penting bagi guru
untuk memperkenalkan rangkaian sosial kepada pelajar. Sebagai tugasan elektif,
guru boleh meminta pelajar untuk membuka akaun Facebook dan Twitter sendiri
kemudian menjadi kawan kepada kumpulan yang guru bina untuk para pelajar.
Dengan membina peralatan dalam struktur social Facebook atau Twitter akan
mengalakkan lebih banyak interaksi antara guru dengan pelajar. Kemudian ,guru
boleh memuat naik tugasan atau bahan pengajaran untuk pelajar ke dalam laman
sosial tersebut. Dengan ini, pelajar akan memberikan maklum balas tentang
jawapan atau masalah yang mereka hadapi dalam menyelesaikan masalah serta merta.
Pelajar akan mendapat jawapan dari keraguan yang mereka hadapi dalam subjek
tersebut terus menerus dari gurunya tanpa perlu menunggu dalam jangka masa yang
lama. Misalnya, guru memuat naik sebuah video mengenai kemalangan jalan raya
dan meminta pelajar secara berkumpulan untuk memberi ulasan atau pandangan
tentang punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya . Pelajar juga dikehendaki
memberi komen terhadap pandangan atau pendapat kumpulan lain. Dengan wujudnya
kaedah ini secara tidak langsung dapat merangsang pelajar yang pasif dan sukar
untuk memberi idea atau bercakap semasa di dalam kelas. Mereka akan mudah
terangsang dan teruja untuk memberi idea dan pandangan sekiranya ada dalam
kalangan rakan-rakan mereka memberi komen mengenai sesuatu isu yang telah dibangkitkan
oleh guru.
Selain itu juga, guru boleh menyampaikan maklumat dan bahan
pengajaran berguna kepada pelajar, secara pantas maklumat tersebut diterima
oleh pelajar. Dengan ini, dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran
menggunakan ICT dan laman sosial serta berdikari menyelesaikan masalah
pembelajaran dan tugasan mereka. Oleh itu, penggunaan laman sosial
dalam pembelajaran bahasa menjadikan P&P lebih bermakna dan menyeronokkan.
Tambahan pula, selaras dengan perkembangan ICT
bagi membolehkan pelajar mengakses maklumat mengikut masa dan kebebasan
pelajar mereka sendiri. Keadaan ini secara tidak langsung akan menggalakkan
proses penambahan dan percambahan ilmu pengetahuan.
RUJUKAN
Rossafri Mohamad & Shabariah Binti Mohamad Shariff (2011).
Kesan Penggunaan Laman Sosial ke atas Kaedah Perbincangan di dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia,
Jilid 1. Universiti Sains Malaysia.
No comments:
Post a Comment