Penggunaan Facebook dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
perkara baru dalam inovasi pendidikan di Malaysia. Sebagai pereka bentuk
pendidikan di sekolah, guru boleh membina Facebook yang interaktif bagi
membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih
efektif dan fleksibel. Perhubungan dan komunikasi berkembang dengan pesat sejak
Internet diperkenalkan di seluruh dunia. Perkembangan ini juga menyebabkan
peningkatan populariti Social Network Services (SNS) atau yang lebih dikenal
dengan jaringan sosial. Jaringan sosial yang sangat popular pada masa ini ialah
Facebook. Facebook pada saat ini telah menarik minat berbagai kalangan tenaga
pengajar untuk dimanfaatkan dalam komunikasi berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran secara online. Fenomena ini menarik, kerana pada awalnya Facebook
sebagai salah satu jaringan sosial yang bertujuan sebagai tempat saling
berinteraksi antara seorang individu dengan individu lain kemudian dilihat oleh
sebagian para akademik sebagai peluang untuk dimanfaatkan bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran online.
Sebagai seorang guru, kita mestilah mempunyai pelbagai cara
dan kreativiti untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Salah satu caranya
adalah dengan menggunakan "Facebook" dan Twitter". Melalui laman
sosial ini, pelajar akan lebih berminat untuk mencubanya. Tetapi guru hendaklah
menetapkan syarat terlebih dahulu dengan mewajibkan semua pelajar mempunyai
akaun "Facebook" dan "Twitter" terlebih dahulu. Kemudian,
guru mewajibkan semua pelajar untuk menyertai segala perbincangan yang akan dimuatnaikkan
dalam aktiviti P&P dalam "Facebook" tersebut.
Kebanyakan guru memilih saluran komunikasi Facebook
kerana melalui Facebook mudah untuk
berkomunikasi dengan para pelajar. Guru boleh berkomunikasi dengan pelajar
mereka pada bila-bila masa dan di mana saja mereka berada selagi terdapat
kemudahan Internet. Faedah yang paling ketara ialah bagi pelajar yang sukar
untuk memberi idea atau bercakap semasa di dalam kelas atau makmal, maka
melalui Facebook mereka akan mudah terangsang atau teruja untuk memberi idea
sekiranya ada dalam kalangan pelajar-pelajar lain yang memberi komen mengenai
sesuatu isu yang telah dibangkitkan oleh guru. Secara tidak langsung guru akan
tahu sebenarnya semua pelajar mereka boleh berkomunikasi dengan baik. Facebook
juga sangat berfaedah bagi pelajar yang kurang faham semasa guru mengajar dalam
kelas maka semasa diluar waktu kelas pelajar berkenaan boleh menggunakan
saluran Facebook untuk meluahkan ketidakfahaman mereka dengan mendapat tindak
balas dari pelajar lain dan guru berkenaan. Dengan adanya Facebook, komunikasi
dapat dibuat dengan kos percuma atau rendah.
No comments:
Post a Comment