Taman Negara Gunung Mulu yang terletak di sebelah utara
negeri Sarawak, merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang
terkenal di Malaysia, khasnya di Sarawak.
Taman Negara Mulu merupakan salah satu kawasan batu kapur
yang paling diselidik di dunia. Kawasan taman seluas 52,864-hektar mengandungi
tujuh belas zon tumbuhan, menampilkan sekitar 3,500 spesies tumbuhan vaskular.
Spesies palm di situ amat kaya dengan 109 spesies dari dua puluh genus telah
dijumpai. Taman Negara ini dihiasi oleh Gunung Mulu yang merupakan gunung batu
pasir setinggi 2,377 meter. Sekitar 295 km gua yang telah diterokai memberikan
pemandangan yang menakjubkan dan turut merupakan gua kediaman kepada berjuta
kelawar and burung Layang-layang. Kamar Sarawak yang seluas 600 meter X 415 m
dan setinggi 80 m, adalah kamar gua terbesar di seluruh dunia yang diketahui
Taman Negara Mulu turut memiliki bentuk geografi yang unik,
yang terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih serta
dilitupi oleh hutan dara tropika, Taman Negara Mulu merupakan tempat yang bukan
hanya sesuai untuk orang-orang yang inginkan ketenangan jauh dari hiruk pikuk
kota metropolitan bahkan juga amat sessuai bagi mereka yang menginginkan
kegiatan yang lasak.
Taman Negara Mulu boleh dituju melalui pesawat dari Miri dan
terus ke Taman Negara Mulu atau bagi mereka yang ingin merasakan kelainan
dengan menggunakan jalan lain iaitu dengan menggunakan bot express dari Kuala
Baram, Miri ke Marudi dan kemudian ke Taman Negara Mulu.
MAKLUMAT LANJUT
VIDEO